Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sumbangan Pakej Pendidikan Bakal Rancak Lawatan ke Zoo Taiping

By 11 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)

TAIPING, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Sumbangan melalui pakej pendidikan bakal merancakkan kunjungan pelajar di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) untuk ke Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh merangkap Ahli Parlimen Taiping berkata, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping bersetuju untuk menyumbangkan sejumlah RM20,000 kepada pihak zoo melalui pakej pendidikan yang disediakan.

“Sumbangan ini bertujuan memeriahkan lagi kunjungan para pelajar untuk melawat ZTNS dengan penyelarasan lawatan ini akan diuruskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ZTNS ke-63 di Pavilion ZTNS, di sini pada Sabtu.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena sambutan termasuk Program Tanggungjawab Sosial Korporat, pertandingan pakaian beragam bertemakan haiwan dan pameran interaktif oleh rakan-rakan strategik ZTNS.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail, Setiausaha MPT Khairul Anwar Mad Nor@Hashim dan Pengarah ZTNS Muhamad Ridhwan Affendi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda