Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Eksekutif Kilang Terkejut Menang iPhone 15 Pro

By 9 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Seorang eksekutif sebuah kilang terkejut dan tidak menjangka diumumkan sebagai pemenang utama Peraduan CEPat-CEPat Menang yang membawa pulang sebuah telefon pintar jenama iPhone 15 Pro.

Tan Beng Kiat, 55, menceritakan tujuan sebenar beliau menggunakan aplikasi CEPat yang dibangunkan Kerajaan Selangor untuk membuat pembayaran dan bukan untuk menang peraduan tersebut.

“Saya pun tidak tahu ada peraduan sebenarnya, cuma saya banyak guna aplikasi ini sejak tahun 2020 lagi.

“Biasa saya guna untuk membayar cukai-cukai dan lesen kerana menjimatkan masa untuk hadir ke kaunter-kaunter,” katanya yang tinggal di Rasa, Kuala Kubu Bharu.

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan CEPat-CEPat Menang disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Melawati Mall, di sini semalam.

Peraduan CEPat-CEPat Menang bermula 29 November 2023 hingga 29 Februari lalu.

Aplikasi tanpa tunai ‘Citizen E-Payment’ atau CEPat dilancarkan pada 1 Ogos 2019 menggunakan teknologi awanan berasaskan ‘cloud’ untuk semua perkhidmatan berbayar kerajaan.

Ia meliputi khidmat permohonan lesen, bayaran kompaun, parkir, bil utiliti, cukai taksiran dan cukai tanah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda