Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Masjid dan Surau Parlimen Gombak Terima Sumbangan Ihya Ramadan

By 9 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

TAMAN MELAWATI, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Sejumlah RM875,000 sumbangan Ihya Ramadan disalurkan kepada 132 buah masjid dan surau parlimen Gombak semalam.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata peruntukan awal berkenaan adalah daripada kerajaan negeri, Pusat Khidmat Parlimen Gombak dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

“Setiap masjid dan surau Jumaat menerima RM10,000 sementara surau-surau RM5,000,” katanya Ketika ditemui di Masjid Al-Hidayah, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak memaklumkan Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah lebih RM800,000.

“Peruntukan tambahan itu dijangka akan disalurkan pertengahan bulan Ramadan.

“Ini menjadikan peruntukan keseluruhan Ihya Ramadan tahun ini untuk masjid serta surau Jumaat berjumlah RM20,000 dan surau RM10,000,” katanya.

Beliau berharap peruntukan tersebut dapat dimanfaatkan dan mampu memenuhi keperluan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda