Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Sukan Rakyat Gusti Lengan Pengukuh Silaturahim antara Komuniti

By 6 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Akmal Ahmed

PASIR MAS, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Aktiviti sukan bukan sahaja menyihatkan badan, malah ia dilihat menjadi salah satu daripada alat membentuk perpaduan.

Melihat kepada kemampuan sukan sebagai medium mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat, buat julung kalinya Persatuan Suara Rantau Panjang telah menganjurkan Kejohanan Gusti Lengan Tertutup Rantau Panjang.

Kejohanan melibatkan seramai 16 orang peserta telah dirasmikan oleh Pengerusi Pertubuhan Amal DHI Datuk Ismail Ishak yang merupakan penaja utama pada pertandingan kali ini.

Menurut Ismail, program ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan di antara masyarakat setempat.

“Melihat kepada sambutan yang positif pada kali ini, kemungkinan pada tahun hadapan program sebegini akan dilaksanakan dengan penajaan yang lebih besar untuk menarik minat penyertaan yang lebih ramai,” katanya.

Wakil penganjur Mohd Sabri, 63, berkata kejohanan seperti ini sewajarnya diperluaskan ke lain-lain kawasan kampung dan komuniti setempat supaya sukan tradisional ini dapat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi.

“Permainan yang mudah untuk dimainkan ini hanya memerlukan dua orang peserta dan menggunakan tangan untuk beradu tenaga dan kekuatan,” ujarnya.

Juara kejohanan telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, naib juara RM200 dan tempat ketiga RM100.

Kesemua pemenang turut menerima trofi dan cabutan bertuah turut diadakan untuk pengunjung yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda