Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jualan Nismilan Prihatin Bersama Jualan Rahmah KPDN Penjimatan sehingga 30 Peratus

By 22 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurezzaty Ahmad Razimi/Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Jualan Nismilan Prihatin Bersama Jualan Rahmah KPDN yang dianjurkan di Tapak Pasar Malam Linggi, di sini pagi tadi menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30 peratus daripada harga biasa di pasaran setempat.

Menurut Pegawai Pertanian Daerah yang juga penyelaras program tersebut, Fatimah Ahmad, jualan ini diadakan secara berjadual dan bermatlamat untuk membantu penduduk setempat mendapatkan barangan pada harga lebih murah dan segar.

“Pelbagai barangan keperluan dijual di sini termasuklah beras, minyak masak, telur, sayur-sayuran serta ayam.

“Kolaborasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada kali ini dilihat lebih menarik kerana banyak barangan keperluan tambahan lain turut ditawarkan seperti barangan kering dan makanan dalam tin,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda