Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pendaftaran PADU Masih Dibuka

By 22 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aneta Ahmad (Dungun)

DUNGUN, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Terengganu telah membuka kaunter fizikal pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di Lobi Pejabat Daerah Dungun, di sini semalam bagi memberi kemudahan kepada masyarakat sekitar untuk mendaftar PADU.

Petugas DOSM Nurul Nadiah Alias, berkata DOSM membuka kaunter fizikal pendaftaran PADU bermula Selasa sehingga Khamis setiap minggu bagi memudahkan orang ramai yang memerlukan bantuan sebelum tarikh akhir pada 31 Mac.

“Pengunjung yang datang berurusan di sini boleh mengambil peluang untuk mendaftar PADU dan membawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan,” katanya.

Pengunjung yang ditemui Rohani Abdullah, 45, tidak melepaskan peluang untuk mendaftar PADU.

“Petugas DOSM banyak membantu semasa proses pengemaskinian PADU dan segala kemusykilan berkaitan PADU boleh diajukan kepada petugas bagi mendapat maklumat yang tepat dan lengkap berkaitan PADU,” ujarnya.

Sementara itu, Mim Azulin Mat Ripen, 38, berkata beliau mengambil langkah awal hadir ke Pejabat Daerah Dungun untuk membuat pendaftaran PADU kerana tidak mahu membuat pendaftaran di saat akhir.

“Tempoh pendaftaran akan berakhir hujung bulan ini, bimbang akan terlupa dan tidak mahu terlepas bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan,” katanya.

Pendaftaran secara bersemuka di Pejabat Daerah Dungun ini sangat membantu masyarakat khasnya yang tidak mahir menggunakan kemudahan teknologi maklumat (IT) dan sistem dalam talian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda