Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pesta Angin Timur Perlis 2024 Memaparkan Keunikan Cara Hidup Masyarakat Petani

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

ARAU, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Pesta Angin Timur (PAT) Perlis edisi ke-12 yang berlangsung selama tiga hari di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, yang bermula Sabtu lalu dan berakhir semalam memaparkan keunikan cara hidup masyarakat petani di sini.

“PAT adalah acara tahunan di negeri Perlis, merupakan acara ikonik yang mampu mendekatkan masyarakat umum khususnya di bahagian utara dengan kegiatan seni budaya serta mengangkat aktiviti-aktiviti dalam bendang yang memaparkan keunikan cara hidup masyarakat petani.

“Untuk makluman semua, bagi tahun 2023 PAT telah mencatatkan kehadiran seramai 328,490 pengunjung dari dalam dan luar Perlis dengan menjana pendapatan sebanyak RM1.49 juta dan merupakan limpahan ekonomi kepada masyarakat di negeri Perlis,” katanya.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Roslan Abdul Rahman berkata demikian di Majlis Perasmian PAT, di sini kelmarin.

Katanya lagi, bagi pihak MOTAC, PAT adalah satu produk pelancongan budaya penting bagi negeri Perlis.

Antara elemen baharu diadakan pada tahun ini ialah aktiviti belon udara panas, pertunjukan payung terjun, ‘Jerami Art Tunnel’, aktiviti cerapan bintang dan pertunjukan bunga api.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Azman Mohd Yusuf, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Mohd Amran Mohd Haris dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Muhd Khair Razan Mohamed.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda