Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pusat Zakat Sabah Cawangan Keningau Salurkan RM85,000 Sempena Program Kembali ke Sekolah

By 4 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini/Pusat Zakat Sabah Cawangan Keningau (Sabah)                                                          

KENINGAU, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Pusat Zakat Sabah Cawangan Keningau telah memperuntukkan sebanyak RM85,000 kepada 250 penerima golongan asnaf dalam program Kembali Ke Sekolah bagi pedalaman Zon Atas.

Program bantuan zakat ini berlangsung selama tiga hari di Pasaraya Servay Keningau yang melibatkan penerima terpilih daripada zon pedalaman atas iaitu daerah Tambunan, Sook, Nabawan, Tenom dan Keningau.

Masing-masing golongan asnaf menerima sumbangan berjumlah RM300 berbentuk baucar untuk sebuah keluarga yang mempunyai pelajar sekolah rendah sahaja.

Menurut Ketua Pejabat Pusat Zakat Sabah Cawangan Keningau Mohd Al-Danish Mohd Hatta, program ini diadakan pada hujung cuti persekolahan dan memberi keutamaan syarat kepada dua golongan iaitu fakir dan miskin.

“Dengan adanya program ini, ia dapat memberikan keringanan dan membantu golongan ini membeli barang keperluan sekolah sebelum masuk persekolahan yang akan menjelang nanti.

“Untuk program ini, kita sudah mengadakan di seluruh daerah negeri Sabah, bagi daerah Keningau kita mensasarkan kepada 50 penerima bantuan kembali ke sekolah,” katanya ketika ditemui media di Program Kembali Ke Sekolah, di sini kelmarin.

Sementara itu, bagi suri rumah, Justini Ati, 48, sebagai ibu bapa, bantuan tersebut sangat membantu mengurangkan beban perbelanjaan terutama untuk persediaan anak-anak ke sekolah.

“Satu rezeki yang kita tidak sangka, kebiasaan sebelum buka sekolah kita berfikir untuk membeli keperluaan barang sekolah anak-anak tetapi dengan bantuan yang diberikan ini satu kelegaan kepada saya sebagai ibu bapa.

“Saya berterima kasih dan sangat bersyukur, harap aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi untuk dapat meringankan beban ibubapa terutama keluarga yang kurang mampu,” katanya.

Selain itu, Khairzuwan Alfred, 26, yakin bantuan seumpama itu dapat menampung perbelanjaan ketua isi rumah selain pembakar semangat buat anak-anak meneruskan sesi pembelajaran.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak pusat zakat, bantuan ini sememangnya cukup untuk menampung mana yang kurang dan saya percaya bantuan ini sangat membantu ramai keluarga asnaf yang sangat memerlukan di luar sana,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda