Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

JPNIN Perlis Catat Rekod Pembuatan Garam Belacan Perlis Teramai

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Perpaduan Perlis

ARAU, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Perlis menempa sejarah apabila berjaya menyelaras acara Pembuatan Garam Belacan Perlis Teramai dalam Malaysia Book Of Records (MBOR), di sini kelmarin.

Rekod tersebut melibatkan penyertaan 1,000 orang peserta Kawasan Rukun Tetangga (KRT), agensi kerajaan, swasta, pertunuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk negeri Perlis.

“Pembuatan Garam Belacan Perlis Teramai sempena Pesta Angin Timur (PAT) 2024 ini telah di selaraskan oleh JPNIN Negeri Perlis.

“Penglibatan KRT dalam acara ini sebagai salah satu pemangkin kepada gerak kerja KRT Progres di mana ianya merupakan inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga yang bertujuan mewujudkan penggerak komuniti yang mampu menjadi suri teladan,” kata Pengarah JPNIN Perlis Hanita Ahmad.

Acara yang julung-julung kali diadakan sempena PAT 2024 turut melibatkan penyertaan pelbagai kaum sebagai tanda perpaduan di negeri ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda