Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PKD Mobile Pastikan Perkhidmatan Menyeluruh kepada Penduduk Luar Bandar

By 11 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile diperkenalkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada tahun 2023 bagi memastikan perkhidmatan kepada penduduk luar bandar lebih menyeluruh dan inklusif.

Menurut Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan Datuk Harun program itu bertujuan memperluas perkhidmatan PKD sedia ada termasuk perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta dalam bentuk kaunter perkhidmatan yang akan bergerak ke kawasan-kawasan luar bandar yang terpilih.

“Ia juga boleh dianggap sebagai satu program ‘reach out’ kementerian bagi menyantuni penduduk-penduduk di luar bandar dan pada tahun 2024, program ini akan terus dilaksanakan kerana terbukti mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat setempat.

“Selain itu, program ini dijadikan sebagai satu platform bagi mendapatkan input dan maklum balas berkaitan perkhidmatan kerajaan daripada masyarakat luar bandar bagi mengenal pasti keperluan sebenar penduduk di sesuatu kawasan terbabit dan membuat penambahbaikan kepada program dari semasa ke semasa,” katanya semasa merasmikan Program PKD Mobile di sini kelmarin.

Jelasnya lagi, pelbagai persoalan boleh diutarakan secara terus kepada agensi yang berkaitan mengenai permasalahan atau isu yang dihadapi oleh penduduk khususnya di Labuan ini.

“Justeru, penyampaian secara khidmat nasihat ini saya percaya dapat memberi pemahaman dan pengetahuan yang sangat berguna kepada penduduk di sini khususnya yang melibatkan isu-isu berkaitan kesihatan.

“Pelbagai aktiviti lain turut dijalankan pada hari ini seperti latihan kemahiran berkaitan gubahan bunga telur songket, Jualan Rahmah dan proses ‘onboarding’ syarikat E-Lokal untuk membantu usahawan-usahawan di Labuan memasarkan produk mereka secara dalam talian di dalam platform Desamall,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KKDW Mohd Sabri Ramly.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda