Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kebun Lisdtari Daya Tarikan Baru Pencinta Alam Semula Jadi ke Pulau Langkawi

By 11 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Haizir/Hazwan Hassan (Langkawi)

LANGKAWI, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Kebun Lisdtari yang berkonsepkan dari ladang ke meja makan dengan dikelilingi suasana persekitaran alam semula jadi bakal menjadi daya tarikan pelancongan dan pencinta alam semula jadi ke Pulau Langkawi.

Adliszamiza Mohamad, 47, yang merupakan pemilik memaklumkan bahawa Kebun Lisdtari bermula operasi pada 27 Oktober 2022.

Menurut Adliszamiza, beliau telah mengikuti Kursus Pemantapan Usahawan Tahap 3 di bawah program empowerNCER Kemahiran dan Keusahawanan.

“Sebelum ini saya tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan setelah mengikuti kursus bimbingan kemahiran dan keusahawanan dari pihak NCER, saya telah dibantu melalui bimbingan kemahiran serta bantuan alat perniagaan,” katanya.

Pengurus Pejabat NCIA Negeri Kedah Zairemy Mohd Yunus, berkata kebiasaannya pelancong ke Pulau Langkawi akan lebih tertarik untuk ke pantai akan tetapi dengan wujudnya Kebun Lisdtari, pengalaman sarapan pagi di dalam suasana kebun dan dikelilingi alam semula jadi menjadi satu kelainan.

Majlis Perasmian Kebun Lisdtari telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi Haji Zulkifli Abdullah, di sini semalam.

Turut diadakan majlis penyerahan alat bantuan peniagaan iaitu pengadun pelbagai fungsi kepada dua orang peserta empowerNCER bagi kursus pembuatan dan pemprosesan makanan sejuk beku.

-ZS-

Tinggalkan komen anda