Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

POLINEMA Jalinkan Hubungan dengan PMM

By 8 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ismael Idris/Muhammad Taufiq Mohamed Ibrahim (Jasin)

MERLIMAU, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau (PMM) telah menerima lawatan rasmi delegasi dari Politeknik Negeri Malang (POLINEMA), Indonesia.

Lawatan ini diketuai oleh Ketua Program Bahasa Inggeris Untuk Perniagaan dan Komunikasi Ibu Siti Rohani, bersama-sama enam orang pensyarah dan tujuh orang pelajar dari politeknik tersebut.

Menurut Pengarah PMM Norizam Sekak, tujuan lawatan ini adalah sebagai upaya kolaboratif untuk memperkuat jalinan sinergi antara POLINEMA dan PMM dalam pendidikan dan kultural.

“Selain itu ia juga untuk mendorong pertukaran pengetahuan, pengalaman, dan kebolehpercayaan antara kedua institusi, serta mempromosikan keunggulan akademik, pembangunan masyarakat dan kelestarian budaya.

“Saya berharap dengan kerjasama ilmiah ini dapat memberi manfaat kepada program pendidikan dan penyelidikan kedua-dua pihak.

“Semoga perjumpaan ini dapat memberi peluang kolaborasi dalam membuka lembaran baru kerjasama ilmiah antara PMM dan Politeknik Negeri Malang,” ujarnya.

Delegasi turut dibawa melawat ke beberapa lokasi di dalam PMM antaranya Polycusine, Commerce Bistro dan MyCendawan PolyAgro.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda