Laporan/foto: Noor Faeizah Ahamad (Kota Setar)
ANAK BUKIT, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifudin Nasution telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kedah yang melibatkan seramai 1025 orang bertempat di Dewan Serbaguna KPDN Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan semalam.
Saifudin menaruh harapan yang tinggi kepada JPKKP dalam meggalas tanggungjawab kepada rakyat.
“JPKKP perlu memainkan peranan sebagai penghubung sekali gus sebagai rujukan dan peka kepada setiap masalah yang berlaku dalam kawasan masing- masing.
“Buat kerja bersungguh-sungguh, biarlah keberadaan itu dirasai dan ketiadaan itu di cari-cari,” ujarnya.
Salah seorang penerima watikah, Pengerusi JPKKP Kampung Teluk Juan Kota Setar Dr. Sobri Sudin, 53, yang ditemu bual, berkata beliau bersedia memikul amanah bagi mencapai hasrat memadani warga desa agar kemajuan berimbang dari sudut fizikal, rohani dan kebendaan dapat digapai.
-ZS-