Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

RM1.611 Juta Diluluskan Dalam RMK-12 Bagi Projek Penilaian Potensi Pembangunan Perlis Geopark

By 8 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 8 Mac ( Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM1.611juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk Projek Penilaian Potensi Pembangunan Perlis Geopark untuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semula Jadi Negara yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ( NREE ) Dato’ Sri Huang Tong Sii menyatakan demikian di dalam ucapan aluan di Majlis Permasyuran Perlis Geopark Sebagai Geopark Kebangsaan Ke-10.

Majlis telah di sempurnakan oleh Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Taman Eko Resort, Bukit Ayer Perlis semalam.

“Projek ini akan bermula pada 2024 hingga 2025 dan dengan pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan yang ke-10 ini, adalah diharapkan Perlis Geopark dapat mengecapi pencapaian yang lebih tinggi iaitu ke arah pengktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) dan kukuh menjadi hub geo pelancongan dan
sekaligus meningkatkan ekonomi tempatan”, ujar beliau lagi.

“Sehingga kini Kementerian telah memberikan pengiktirafan Geopark Kebangsaan kepada sebelas (11) buah geopark manakala dua (2) geopark yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO Global Geopark
(UGGp) iaitu Langkawi dan Kinabalu “, tambah beliau.

Keberangkatan Baginda diiringi , Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Perlis serta isteri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda