Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PPR Beringin, Kampung Pasir Dipilih Laksana Program Daya Tahan Iklim Bandar

By 6 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/DBKL (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Malaysiaaktif) –  PPR Beringin dan Kampung Pasir dipilih bagi pelaksanaan Program Daya Tahan Iklim Bandar (UCRP) dalam membina kemampanan dan daya tahan komuniti menangani kesan daripada perubahan iklim.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Haji Kamarulzaman Mat Salleh, Program Daya Tahan Iklim Bandar atau dikenali sebagai Urban Climate Resilience Programme itu merupakan program kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), C40 Cities Leadership Group, Zurich Malaysia dan Yayasan Z Zurich.

“UCRP ini akan memberi tumpuan kepada matlamat memperkasakan komuniti, memupuk perkongsian dan melaksanakan tindakan bagi mewujudkan daya tahan masyarakat dalam menangani risiko yang semakin meningkat akibat perubahan iklim, seperti banjir dan gelombang panas.

“Projek ini juga selaras dengan visi DBKL iaitu menjadikan Kuala Lumpur, bandar raya sejahtera untuk semua menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terlebih dahulu, Kamarulzaman telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran UCRP Kuala Lumpur di sebuah hotel di sini hari ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda