Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PWS Mudahkan Kaedah Wakaf Melalui ‘Direct Debit’

By 6 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PWS

SHAH ALAM, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) memperkenalkan kaedah baharu bagi memudahkan orang ramai melaksanakan ibadah wakaf iaitu ‘Direct Debit InfaqPay’.

Melalui satu kenyataan PWS memaklumkan kemudahan tersebut bertujuan memperkasakan kutipan wakaf tunai pada tahun ini.

Katanya, kaedah wakaf ini adalah secara bulanan daripada akaun bank pilihan pewakaf dan terdapat 19 perbankan yang boleh dipilih oleh pewakaf melalui akaun masing masing.

“Melalui platform terbaru ini masyarakat boleh melaksanakan Ibadah Wakaf dengan mendaftar secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi PWS iaitu melalui pautan https://infaqpay.my/go/wakafselangor.

“Kaedah ini lebih mudah, pantas dan selamat seiring dengan kemajuan teknologi terkini serta bebas tunai,” kata kenyataan itu.

Pada 7 Februari lalu PWS melancarkan Bulan Wakaf Selangor pada bulan Syaaban dan Ramadan dengan slogan ‘Mudahnya Berwakaf’.

PWS juga menyasarkan sebanyak RM50 juta kutipan wakaf tunai pada tahun ini dan akan menggerakkan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat.

Pelbagai program yang telah dan akan dilaksanakan seperti Kuliah Khas Maghrib bersama Figura Dakwah, Program Penyerahan Sumbangan Wakaf Fisabilillah dan sebagainya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda