Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Istiqbal Ramadan Sempena Menyambut Bulan Mulia

By 5 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim (Pendang)

PENDANG, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Sempena menyambut Bulan Ramadan yang hampir tiba, Pejabat Agama Daerah Pendang mengambil kesempatan ini menganjurkan Program Istiqbal Ramadan 1445H.

Menurut Pegawai Agama Daerah Pendang Syeikh Alwi Haji Othman dalam ucapan aluannya semalam, berkata program ini diadakan bertujuan untuk membicarakan tentang kepentingan menjaga kesihatan sepanjang bulan puasa.

“Selain itu, tujuan program ini juga adalah bagi mengajak masyarakat khususnya umat islam untuk menjadikan Ramadan kali ini sebagai yang paling bermakna dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti santapan rohani,” katanya.

Program yang telah disertai oleh penjawat awam dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan dari seluruh Daerah Pendang ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Pendang, Mejar Bersekutu (PA) Dr. Muhammad Shauqi Haji Abdul Kadir.

Alunan bacaan al-Quran daripada Imam Masjid Jamek Al-Lutfi Kariah Batu Hampar Ustaz Haji Othman Azumi Haji Ahmad bergema memenuhi ruang Dewan Cenderawasih bagi memulai majlis sebelum diikuti dengan acara perasmian dan sesi diskusi Istiqbal Ramadan.

Ahli Panel yang telah menjayakan sesi diskusi pada hari ini adalah Mantan Timbalan Mufti Negeri Kedah Datuk Sheikh Abdullah Awang Sa, Mantan Pegawai Agama Daerah Kota Setar Datuk Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar dan Timbalan Pegawai Agama Daerah Kota Setar Syeikh Mohd Rosidi Mahamud selaku moderator.

-ZS-

Tinggalkan komen anda