Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tarikan Pelaburan Fokus Utama Negeri Melaka Bersama Etnik Hokkien

By 5 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Pusat Sumber Ketua Menteri Melaka (Melaka Tengah)

MELAKA, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Memfokuskan kepada aspek pelaburan pada masa akan datang menjadi titik permulaan kerajaan Negeri Melaka menjalinkan kerjasama dengan etnik Hokkien melalui Majlis Sesi Ramah Mesra Makan Tengahari Bersama Ketua Menteri Melaka dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia serta Persatuan-Persatuan Hokkien Melaka di sebuah hotel, di sini semalam.

Menurut Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, barisan kepimpinan tertinggi komuniti Hokkien mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam menarik pelaburan ke dalam negara dalam memperkasakan pertubuhan ekonomi terutama negeri Melaka.

“Penganjuran majlis kali pertama ini harus diadakan lebih kerap untuk mengeratkan silaturahim antara kerajaan negeri bersama persatuan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang mampu menjana ekonomi dalam sektor tertentu disamping dapat memacu dan memakmurkan Melaka selari dengan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada persatuan ini apabila dimaklumkan mempunyai 224 buah cawangan dan keahlian seramai 500 ribu orang di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda