Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

‘Girl Guides Run 2024’ Tarik Penyertaan Lebih 1000 Peserta

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 4 Mac: (MalaysiaAktif) – Seramai kira-kira 1000 peserta yang terdiri daripada ahli Pandu Puteri, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan orang awam telah menyertai ‘Girl Guides Run 2024’.

Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi selaku Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak telah menyempurnakan ‘Flag off’ larian tersebut yang bertempat di Perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini semalam.

Objektif larian tersebut adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti-aktiviti seperti latihan, perkhemahan, pengurusan pejabat, pembelian pelbagai peralatan Persatuan Pandu Puteri Sarawak dan juga untuk membaik pulih bangunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak di sini.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana ini merupakan kali pertama saya menyertai larian seperti ini dan telah mendapat cabutan bertuah buat kali pertama juga,” kata Dayang Norma Umairah, 24, yang merupakan seorang pelajar Jurusan Kewartawanan dan merupakan salah seorang perserta larian tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda