Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Rawatan Awal Kecemasan Mampu Selamatkan Nyawa

By 6 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengadakan pameran dan demonstrasi rawatan awal kecemasan kepada orang awam bertempat di lobi utama Wisma Persekutuan Kuala Terengganu sempena memperingati Hari Pembantu Perubatan yang disambut pada 10 Mac setiap tahun, di sini semalam.

Ketua Penolong Pegawai Perubatan Kesihatan Terengganu Shamsuri Mat, berkata pada kali ini pameran dan demonstrasi yang dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan ini diadakan serentak di lapan daerah seluruh negeri.

“Program yang bermula pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini mensasarkan penglibatan kakitangan kerajaan dan orang awam khususnya yang berurusan di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.

“Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pengetahuan asas dalam memberi rawatan awal kecemasan di tempat kejadian sebelum bantuan profesional tiba.

“Memberikan bantuan kecemasan yang betul mampu mengurangkan risiko kecederaan menjadi lebih teruk malah dalam sesetengah keadaan ia dapat menyelamatkan nyawa,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diingatkan untuk terus menghubungi perkhidmatan kecemasan di talian 999 untuk bantuan selanjutnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda