Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sepak Takraw Eratkan Ukhwah Penduduk Taman Seri Damai

By 12 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Noor Ain Mohd Zain/Noor Suraya Zainal (Timur Laut)

BATU LANCHANG, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Pemuda penduduk Taman Seri Damai mengambil inisiatif mengadakan perlawanan liga sepak takraw bersama penduduk setempat secara tertutup sebelum menjelang Ramadan, kelmarin.

Lapan pasukan telah bersaing sengit, masing-masing bersemangat membariskan seorang tekong serta dua pemain apit kiri dan apit kanan.

Mohd Soleh, 40, warga setia Taman Seri Damai, menyatakan kepentingan menyuburkan tradisi ini dalam kehidupan harian agar aktiviti riadah seperti ini tidak pupus ditelan zaman.

“Inisiatif seperti pertandingan sepak takraw ini memainkan peranan penting dalam mengukuhkan persaudaraan di kalangan kami, terutamanya menjelang bulan Ramadan,” katanya.

Acara sepak takraw tertutup ini merupakan anjuran Pemuda KRT Taman Seri Damai di bawah pimpinan Shukor Salleh Mohsein yang turut mengambil bahagian sebagai pemain.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda