Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Lenggong Berselawat Sambut Kemuliaan Bulan Ramadan

By 12 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amizan Lokman (Hulu Perak)

GERIK, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong telah menganjurkan Program Lenggong Berselawat 2024 bersempena menyambut bulan Ramadan di Arena Lawin, di sini pada Ahad.

Majlis dimulakan dengan persembahan Maulid dan Qasidah daripada Kumpulan Nur Ahli Badar sebelum hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata acara ini sudah menjadi kelaziman bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan dan sudah tentunya diisi dengan perkara yang bermanfaat.

“Diharapkan kita semua dapat menjalani ibadah puasa sebaik mungkin biarpun sibuk bekerja mencari rezeki sepanjang bulan mulia ini,” ujarnya.

Turut berlangsung penyampaian sumbangan Ramadan kepada beberapa buah tahfiz yang terlibat iaitu Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Al-Quran Air Jernih, Darul Tahfiz Gerik, Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Hidayah Lawin dan Maahad Tahfiz Tawai.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda