Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sian Bani Manang! Laungan Keramat 9 RRD

By 7 Mac 2024Mac 11th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/9RRD

TAIPING, 7 Mac (Malaysiaaktif) – ‘Sian Bani Manang! Sian Bani Manang!’ Begitulah laungan semangat Batalion Kesembilan Rejimen Renjer Diraja (9 RRD) dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun Ke-45 9 RRD, di Kem Town Barrack, di sini pada Selasa.

Menurut Pegawai Memerintah 9 RRD Leftenan Kolonel Hirwan Baharudin, laungan Sian Bani Manang itu merupakan cogan kata 9 RRD yang bermaksud ‘Siapa Berani, Menang’ bagi menaikkan semangat anggota dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi mempertingkatkan lagi keterampilan 9 RRD.

“Batalion ini pada asalnya dikenali sebagai Batalion Infantri Ke-14 Askar Wataniah (14 RAW) yang ditubuhkan pada 1 April 1971 di Tawau, Sabah.

“Sejajar dengan rancangan Tentera Darat, pasukan ini kemudiannya diberi nama Batalion 9 RRD pada 1 Mac 1979 di Kem Batu Uban, Pulau Pinang,” ujarnya ketika berucap merasmikan majlis.

Seramai 18 pegawai dan 240 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam acara perbarisan ini. Persembahan yang cukup menarik dan rapi ini dipimpin oleh Ketua Perbarisan Mejar Idi Ibrahim. Lanjutan daripada Hari Ulang tahun ini juga diadakan upacara serah terima tugas Penolong Pegawai Memerintah yang terdahulu iaitu Mejar Donny Ulak dengan Penolong Pegawai Memerintah yang baharu Mejar Azli Mohd Amin.

Hadir sama Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Taiping Rozila Ghazi bersama ahli-ahli BAKAT yang merupakan isteri pegawai dan lain-lain pangkat yang menganggotai 9 RRD.

-ZS-

Tinggalkan komen anda