Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Demo Buat Kek dan Biskut – Curi Tumpuan Pengunjung Program JIWA Madani

By 7 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail/Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Demonstrasi membuat kek dan biskut di Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus bertempat di Perpustakaan Desa Wakaf Tembesu mencuri tumpuan pengunjung yang hadir terutamanya golongan wanita, di sini kelmarin.

Peserta Noorizan Abdul Malek, 47, berkata demonstrasi membuat kek dan biskut raya antara aktiviti yang paling menarik perhatian beliau di program ini.

“Golongan suri rumah seperti saya mendapat manfaat mempelajari teknik membuat kek dan biskut secara percuma tanpa perlu mengeluarkan modal,” katanya.

Sementara itu, peserta dari Gong Badak Rosilawati Samah, 48, berkata pada masa sama golongan suri rumah juga berpeluang untuk menambah pendapatan sekali gus meningkatkan taraf ekonomi isi rumah dengan mempelajari teknik pembuatan kek dan biskut yang betul.

“Teknik membuat kek dan biskut pada hari ini sangat mudah untuk dipelajari. Saya mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Turut diadakan taklimat dan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) oleh Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu, pemeriksaan kesihatan percuma dan edaran bahan penerbitan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus.

Turut hadir Penolong Pengarah Perangkaan Wan Umi Salihah Wan Kamaruddin dan Penolong Pengarah Penerangan Saharudin Mohamed.

-ZS-

Tinggalkan komen anda