Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

200 Anak Pemandu Teksi Terima Bantuan Persekolahan

By 7 Mac 2024Mac 15th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 200 anak pemandu teksi sekitar Lembah Klang menerima bantuan awal persekolahan sumbangan Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Bantuan berupa wang tunai RM200 seorang disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Datuk Fauzi.

Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussin, berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri yang meluluskan permohonan pihaknya untuk membantu pemandu teksi.

“Perdana Menteri telah jemput kami dua bulan lepas untuk mendengar isu yang dihadapi pemandu teksi ketika ini.

“Ini menunjukkan pemandu teksi dekat di hati Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Kamarudin, antara isu yang dikemukakan kepada perdana menteri ketika pertemuan itu untuk melakukan transformasi industri teksi.

“Antaranya mewujudkan aplikasi e-hailing milik kerajaan dan selesaikan isu harga lantai kadar tambang e-hailing,” jelasnya.

Sementara itu, Farhan yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan dan menyelesaikan isu yang dikemukakan GTSM secara berperingkat.

Tinggalkan komen anda