Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Tadarus Al-Quran Eratkan Jalinan Ukhwah Penduduk

By 29 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab (Yan)

YAN, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Madani yang julung-julung kali diadakan di Masjid Sultanah Haminah Dulang Kecil semalam mendapat sambutan daripada penduduk sekitar apabila lebih 100 orang peserta menjayakan program tersebut.

Menurut penganjur program yang juga tenaga pengajar Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Yan Ustazah Zanariah Mohamed Kassim, program ini dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT serta meningkatkan ukhwah Islamiyah dalam kalangan penduduk.

Seorang peserta, Normah Abdullah, 49, dari Kampung Kuala Dulang berharap program ini dapat dijadikan aktiviti tahunan memandangkan ianya adalah aktiviti yang bermanfaat dan juga dapat mengeratkan jalinan silaturahim dalam mencari keberkatan di bulan Ramadan.

“Moga amal ibadah kita ini diterima dan mendapat keberkatan daripada Yang Esa,” katanya.

Tazkirah dan selawat juga turut diadakan bagi meningkatkan keimanan dan cintakan Rasullulah SAW sesuai dengan keberkatan bulan ramadan yang mulia ini.

Selain itu Pegawai Penerangan Daerah Yan turut berkongsi maklumat berkaitan jenayah siber bagi meningkatkan kesedaran masyarakat supaya tidak terus menjadi mangsa penipuan ‘scammer’ (penipu).

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda