Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

150 Warga Segambut Terima Sumbangan Aidilfitri

By 29 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rajeswari a/p Anbazagan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, YB Hannah Yeoh menegaskan sumbangan Aidilfitri yang diberikan tiada niat pilih kasih dan perbezaan kaum.

“Kita dapatkan senarai nama penerima sumbangan ini daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan khusus untuk penduduk Segambut dan kita selaraskan 150 orang untuk terima sumbangan bantuan duit raya sebanyak RM100 seorang.

“Bantuan di Parlimen Segambut juga akan disalurkan dari semasa ke sesama tanpa pilih kasih,” ujar beliau semasa Majlis Iftar Parlimen Segambut, semalam.

Tambah Hannah lagi, warga Parlimen Segambut yang masih belum mendaftar PADU untuk segera berbuat demikian bagi memastikan tiada golongan sasaran terlepas menerima manfaat yang sepatutnya dari Kerajaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Dato’ Mohd Aizuddin Mohd Ghazali menyatakan bantuan kepada golongan asnaf adalah matlamat utama Yayasan Prihatian Nasional (PRIHATIN).

“Kami di PRIHATIN sentiasa komited dalam membantu golongan asnaf ini tanpa mengira bangsa dan agama.

“Dengan taraf hidup yang agak tinggi sekarang, kami berharap sumbangan yang diberi ini dapat mengurangkan sedikit beban menjelang hari raya yang bakal tiba nanti,” ujar beliau.

Majlis Iftar Peringkat Parlimen Segambut yang dihadiri hampir 500 jemputan ini merupakan hasil kerjasama antara Yayasan Prihatin Nasional dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Segambut di Surau Al-Mukhlisin, Desa Segambut.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda