Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Waspada Obor-Obor Berbisa Ancam Nyawa di Kelantan

By 5 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini/Rosli Md Zin

BACHOK, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Kemunculan obor-obor berbahaya spesies Physalia Physalis atau dikenali sebagai ‘Portuguese Man of War’ di perairan pantai daerah Bachok, mengundang kegusaran penduduk setempat.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Kelantan Dr. Erniyta Osman, pihaknya telah menerima aduan orang ramai mengenai kehadiran obor-obor itu dan telah mengambil sampel untuk dianalisis.

“Melalui analisis sampel yang diambil, obor-obor itu disahkan spesis Physalia Physalis yang juga dikenali sebagai obor-obor ‘Portuguese Man of War’,” katanya semalam.

Tambahnya, obor-obor spesis ini mempunyai sengatan bisa yang boleh membawa maut disebabkan oleh ribuan sel penyengat yang dimiliki haiwan itu dan menyebabkan rasa sakit yang melampau jika terkena pada badan mangsa.

“Sehingga kini, kita masih belum ada antivenom yang boleh digunakan kepada mangsa untuk meneutralkan bisa daripada sengatan obor spesis Physalia selain ubat tahan sakit yang hanya membantu mengurangkan simptom sengatan.

“Jangan sentuh dan berenang di kawasan yang dikhuatiri mempunyai kehadiran obor-obor ini dan segera mendapatkan rawatan awal secepat yang mungkin sekiranya disengat,” katanya.

Orang ramai termasuk pengunjung pantai peranginan dinasihatkan berjaga-jaga dengan kehadiran obor-obor di pesisir laut pantai dan disaran agar membuat aduan dan melaporkan kehadiran obor-obor ini segera kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran bagi tindakan susulan atau secara terus kepada pihak Jabatan Perikanan menerusi talian utama FISHCOM di 03-8880 5019.

-ZS-

Tinggalkan komen anda