Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanVideo

Tengkolok Melayu Warisan Berzaman

By 14 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Mohamad Farid Izwan/Mohamad Nazree

KUCHING, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Ramdi Bujang, 39, merupakan seorang penggiat Tengkolok Melayu yang berpangkalan di Kampung Pangkalan Kuap, Kota Samarahan. Tengkolok Alam Melayu antara nama lain bagi produk tengkolok yang dihasilkan oleh beliau.

Ramdi Bujang juga berkongsi beberapa jenis tengkolok yang dihasilkan. Antaranya, tengkolok ‘Dendam Patah Layar’, ‘Dendam Tak Sudah’ dan ‘Dendam Berlayar’. Ketiga-tiga tengkolok ini merupakan antara tengkolok yang paling banyak permintaan daripada orang awam.

Sebelum sesi temu bual berakhir, Ramdi Bujang berharap generasi baru kelak dapat meneruskan warisan Melayu dalam pembuatan tengkolok supaya ianya terus dikenali oleh generasi-generasi yang akan datang dan tidak hilang ditelan zaman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda