Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/DOSM Perlis
KANGAR, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Pembukaan kaunter fizikal sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di beberapa pasar raya utama di Perlis menunjukkan komitmen oleh petugas Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Perlis membantu masyarakat.
Tinjauan krew Malaysia Aktif di beberapa lokasi kaunter, di sini hari ini mendapati petugas memberi layanan yang sangat mesra kepada pengunjung.
DOSM Negeri Perlis setakat semalam telah menerima pendaftaran dan pengemaskinian seramai 55,127 individu.
Pengarah DOSM Negeri Perlis ketika ditemui di rakaman Influencer@Japen Hamka Ismail pada Ahad lalu, berkata usah menunggu di saat-saat akhir untuk mendaftar, hanya tinggal kurang dua puluh hari lagi untuk tujuan pendaftaran sistem PADU.
“Seluruh jentera DOSM Negeri Perlis telah secara komited untuk bergerak secara berjadual bagi membantu komuniti dan terkini kaunter fizikal terletak di beberapa pasar raya utama di negeri Perlis.
“Wakil DOSM Perlis akan berada di pasar paya utama di negeri Perlis seperti The Store, Kangar, C-Mart, Arau dan juga Giant, Kangar bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan lokasi-lokasi ini merupakan tempat tumpuan awam bagi negeri Perlis,” katanya.
Pengarah DOSM Perlis mengajak masyarakat untuk daftar sistem PADU di tempat-tempat tumpuan umum, sebelum berakhirnya tarikh pendaftaran pada 31 Mac ini.
-ZS-