Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

RM7 Kadar Zakat Terendah untuk Negeri Kedah Tahun 2024

By 12 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkarnain/M.Sures (Kota Setar)

ALOR SETAR, 12 Mac, (Malaysiaaktif) – Pejabat Zakat Daerah Alor Setar telah berjaya mengadakan Bengkel Pemantapan Ejen Amil Masjid, Sekolah Agama dan Amil fitrah individu/masjid,  di sini semalam.

Bengkel yang telah berjaya diadakan di Masjid Ampang Jajar, Alor Setar adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada semua para amil berkaitan operasi zakat fitrah dan memfokuskan kepada penggunaan sistem MyAmil iaitu sistem kearah pendigitalan kutipan zakat kepada semua ejen yang terlibat.

Semasa berucap, Penolong Pegawai Operasi Zakat Daerah Kota Setar, Tuan Mohd Lokman memaklumkan kadar zakat fitrah pada tahun 2024 ini dibahagikan kepada tiga kadar iaitu RM7, RM14.50 dan RM22. Beliau menjelaskan kadar RM7 dikenakan kepada umat Islam di negeri Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super spesial tempatan (5 peratus hancur) dan setaraf dengannya.

Manakala bagi kadar RM14.50 pula dikenakan kepada umat Islam di negeri Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya. Bagi kadar RM22 pula dikenakan kepada umat Islam di negeri Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada beras basmathi, beras jepun, beras merah dan setaraf dengannya.

Selain itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga menjalankan kempen sedekah Foodbank bermula Ramadan tahun ini bagi membuka peluang kepada masyarakat supaya dapat bersama-sama bersedekah bagi memastikan tiada rakyat Kedah yang kelaparan atau terputus bekalan makanan.

-AA-

Tinggalkan komen anda