Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Amirudin Gembira Pelbagai Lapisan Masyarakat Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor

By 28 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

KUALA KUBU BHARU, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari melahirkan perasaan teruja dan gembira apabila Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor semalam dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat.

Katanya, program di Bandar Kuala Kubu Bharu berkenaan telah dirancang sejak awal bulan Ramadan lalu.

Kelihatan pengunjung sedang menikmati juadah yang disediakan penganjur.

“Sambutan ini diatur sebulan yang lalu, sejak awal Ramadan untuk menetapkan tarikh jamuan hari raya.

“Kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan, cuma kali ini agak luar biasa kerana turut dihadiri masyarakat dari luar Selangor dan luar daerah ini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya penganjuran majlis itu sebagai tanda kerajaan negeri meraikan kehadiran semua ke Kuala Kubu Bharu dan Selangor.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis-artis jemputan.

“Ia memang ‘rotation’ (bergilir-gilir) sebab sebelum ini kita buat di semua daerah, kebetulan ini adalah lokaliti pertama Rumpun Selangor oleh Raja Muda Selangor,” jelas beliau.

Dianggarkan lebih 30,000 pengunjung dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal Naim Daniel, Ella, Ernie Zakri, Aiman Tino, Sarah Suhairi dan tarian artis Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Pengunjung juga dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti kambing bakar, ayam golek, sate, roti jala, lemang, rendang, dan aneka air balang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda