Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Program Jiwa Madani Perkukuh Ukhwah Masyarakat

By 28 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KUALA PERLIS, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil  telah menyantuni lebih 1,500 orang yang terdiri daripada pemimpin masyarakat dan komuniti setempat dalam majlis sambutan Aidilfitri Program Jiwa MADANI di Kampung Seberang Ramai, di sini semalam.

“Majlis anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan kerjasama Komuniti MADANI negeri Perlis ini dilihat memberi peluang kepada masyarakat pelbagai bangsa untuk meraikan sambutan Aidilfitri sekali gus memupuk semangat perpaduan dan keharmonian.

“Sehingga kini Japen Perlis telah menganjurkan sebanyak 19 program yang telah dilaksanakan di sekitar Perlis dengan melibatkan penyertaan seramai 1,470 orang,” ujarnya.

Program Jiwa MADANI dianjurkan dengan tujuan untuk menguar-uarkan maklumat, dasar dan inisiatif kerajaan berteraskan konsep Malaysia MADANI.

Fahmi juga

Fahmi juga turut menyampaikan watikah penubuhan Komuniti MADANI kepada 45 orang ketua dan wakil komuniti di seluruh negeri Perlis dan sumbangan kepada tiga keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis baru-baru ini.

Menurut Fahmi lagi penubuhan Komuniti MADANI dilihat mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan ke peringkat akar umbi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JaPen Julina Johan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda