Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kacau Dodol Sekampung Pupuk Semangat Perpaduan

By 7 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Kira-kira 300 peserta dan sukarelawan mengambil bahagian dalam Program Kacau Dodol Sekampung dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Kuala Selangor, di sini semalam.

Pengerusi Pertubuhan Sekretariat Perpaduan Ijok Madani, Amidi Abdul Manan berkata tradisi gotong-royong mengacau dodol harus dihidupkan bagi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman kerana semangat perpaduan dapat dipertingkatkan dalam kalangan komuniti.

“Perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat disuburkan dengan gotong royong yang melibatkan pelbagai peringkat usia,”

“Sebanyak 12 kawah dodol disediakan yang mewakili setiap mukim dan kampung, jabatan agensi kerajaan dan NGO Selangor Parlimen Kuala Selangor,” katanya.

Program ini merupakan anjuran Sekretariat Perpaduan Ijok Madani dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Sementara itu, seramai 74 orang anak yatim turut diraikan dalam pemberian sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kesihatan Malaysia, Mohammad Faisal Ismail yang mewakili Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda