Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

U-Pustaka Perkhidmatan Secara Maya Layari dan Langgan Buku

By 7 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ezzaty Razimi/Shazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 5 Apr (Malaysiaaktif) – U-Pustaka merupakan salah satu inisiatif oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam menyediakan perkhidmatan akses secara alam maya kepada pengguna untuk melayari dan melanggan buku dengan percuma.

Penyelia Perpustakaan Desa PNM Zon 10, Haslinawati Kamaruddin berkata, kesibukan dan komitmen kehidupan menyebabkan sesetengah kita tidak lagi berkunjung ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan.

“Rata-rata masyarakat kini lebih selesa menggunakan sumber melalui media sosial namun dengan inisiatif terbaru ini, sesiapa sahaja boleh membaca, melanggan dan meminjam buku secara fizikal atau digital,” katanya.

Ujarnya lagi, U-Pustaka turut menyediakan perkhidmatan buku dan surat khabar elektronik, majalah jurnal serta pelbagai bahan bacaan lain.

“Alhamdulilah, semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan U-Pustaka tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar secara atas talian,” katanya ketika ditemui dalam Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI di Perpustakaan Desa Kampung Chuah, hari ini.

Turut hadir, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Port Dickson.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda