Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Komuniti Madani Bentayan Selatan Sambung Tradisi Pelita Tujuh Likur

By 5 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Aidil Md. Lazim/Juraimi Ali (Muar)

MUAR, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Penduduk di Kampung Jalan Daud, Muar terdiri dari pelbagai kaum dan pada setiap tahun penduduk di sini akan bekerjasama dalam persiapan menyambut setiap perayaan dengan pelbagai tema yang berbeza-beza.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan Ng Yak Howe, berkata sempena sambutan Aidilfitri di kampung ini, tema beca dipilih sebagai hiasan pelita bagi menyambut malam tujuh likur.

“Seingat saya, pada tahun 2019 juga hiasan pelita di sini bertemakan beca dan saya berharap agar perpaduan dan tradisi ini dapat diteruskan di masa akan datang,” katanya ketika merasmikan pelancaran program Pelita 7 Likur Komuniti Madani Bentayan Selatan, di sini kelmarin.

Menurut Ketua Kampung Jalan Daud Mohd Fauzi Asri, tujuan utama program adalah memupuk perpaduan penduduk setempat disamping menjadikan kawasan di Kampung Jalan Daud sebagai tarikan pelancongan.

“Pada tahun ini, kita bawakan tema Pelita 7 Likur dan puluhan pelita telah dipacakkan di sekeliling padang bola sepak dan ada yang dihias seperti sebuah basikal beca,” katanya.

Turut hadir wakil Pegawai Penerangan Daerah Muar Juraimi Ali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda