Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Seramai 50 Orang Ibu Bersalin dan Bayi Terima Sumbangan Kuih-Muih dan Duit Raya

By 4 April 2024April 17th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Lance Dunstan (Kuching)

KUCHING, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang ibu bersalin dan bayi di Wad Postnatal, Hospital Umum Sarawak telah menerima sumbangan kuih-muih serta duit raya.

Penyerahan sumbangan dari Persatuan Masakan dan Kuih-Muih Sarawak itu telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah di sini semalam.

Program tersebut pada tahun ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kali ke-6 persatuan tersebut dalam memberi sumbangan kepada masyarakat bagi menceriakan dan juga meningkatkan kesejahteraan mereka ketika bulan Ramadan.

Selain itu, Persatuan Masakan dan Kuih-Muih Sarawak turut mengadakan program CSR yang sama dengan memberi sumbangan dan menyantuni anak-anak yatim di sekitar Kuching.

Dalam sidang media semalam, Fatimah turut menjelaskan tentang pengiktirafan bantuan inisiatif Sarawak kepada ibu yang bersalin berjumlah RM450 serta bantuan anak Sarawak atau bayi baru lahir iaitu inisiatif RM1,000 untuk manfaat pendidikan masa depan mereka.

“Saya ingin berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana memberi inisiatif dalam membantu meringankan beban ibu yang bersalin dan saya sangat gembira mendapat bantuan sebegini buat kali pertama,” kata Atirah Nen, 30, ibu yang baru melahirkan anak keduanya.

Turut hadir di program tersebut ialah Pengerusi Persatuan Masakan dan Kuih-Muih Sarawak, Zaiton Istiar.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda