Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Masjid Sultanah Haminah Berkongsi Ruang Infaq Ramadan

By 4 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Armizie Hanazifs Ahmad/Hafizullah Abdul Aziz (Pendang)

PENDANG, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Lazimnya setiap kali tiba bulan Ramadan, Masjid Sultanah Haminah atau dikenali sebagai Masjid Daerah Pendang sering kali menjadi tumpuan dan pilihan agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan serta orang persendirian untuk infaq berbuka puasa, edaran bubur lambuk, mengadakan program-program ilmu dan sebagainya.

Menurut Setiausaha Masjid Sultanah Haminah, Ustaz Hashim, saban tahun masjid ini akan menerima infaq daripada pelbagai pihak untuk majlis berbuka puasa dan juga menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.

“Seawal bulan Rejab, tempahan slot dan tarikh untuk majlis berbuka puasa dan menyediakan bubur lambuk sudah dibuat oleh orang ramai dan pihak-pihak yang ingin bersedekah di masjid kami,” ujarnya.

Pejabat Penerangan Daerah Pendang turut mengambil peluang mengadakan program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI bersama warga penduduk kariah Tanjung Radin di sini semalam.

Pegawai Penerangan Daerah Pendang, Syamimi Aaizag Ibrahim dalam ucapannya mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak pengurusan masjid di atas kerjasama dalam menjayakan program ini.

“Selain berkongsi informasi berkenaan dengan program-program dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara pihak jabatan dan penduduk kampung,” jelasnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda