Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Sultanah Kelantan Santuni 20 Golongan Asnaf

By 4 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah telah berkenan mencemar duli menyantuni 20 penerima asnaf di Jajahan Tanah Merah di kediaman rasmi Ketua Jajahan Tanah Merah.

Menurut Ketua Jajahan Tanah Merah, Mohamad Yusuff Hassan, 20 asnaf yang menerima bantuan terdiri dari golongan miskin, anak yatim dan ibu tunggal menerima bantuan untuk meringankan beban dan persediaan menyambut hari raya.

Seorang penerima bantuan golongan miskin, Shamsuddin Mohd Nawi, 49, dari Kampung Mak Jintan, Jedok, Tanah Merah terharu dan teruja apabila namanya tersenarai sebagai penerima bantuan dari Sultanah Kelantan.

Seramai 100 orang telah hadir di Majlis Pengurniaan Bantuan Asnaf Jajahan Tanah Merah yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, golongan asnaf dan keluarga.

-AA-

Tinggalkan komen anda