Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Singgah Sahur Semarakkan Penghujung Ramadan

By 4 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhazliza Bt Mod Din/Muhammad Amirul Faisal (Gua Musang)

GUA MUSANG, 4 Apr (Malaysiaakif) – Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang telah mengadakan program Singgah Sahur di sekitar lima kawasan di daerah itu.

Sebanyak lima buah kereta konvoi digerakkan ke lima destinasi yang terpilih bagi mengagihkan 100 bungkusan untuk sahur yang bermula pada jam 3.30 pagi.

Destinasi yang terbabit adalah Ibu Pejabat Polis, Pejabat Tenaga Nasional Berhad, Bangunan Wisma Persekutuan, Balai Bomba dan Penyelamat dan Hospital Daerah Gua Musang.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Sik Choon Foo berkata program ini dilaksanakan bertujuan menyantuni anggota barisan hadapan yang bertugas pada waktu malam.

“Saya amat menghargai dan mengalu-alukan program seumpama ini dan amat berterima kasih kepada Pejabat Penerangan dan Tenaga Nasional Berhad kerana berkerjasama dan ini merupakan program yang julung kalinya diadakan serta diharap program sama akan berterusan di masa akan datang,” katanya semasa ucapan perasmian.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Gua Musang, Norhayati Shamsu Anuar berkata objektif utama program ini diadakan selain dari merapatkan hubungan antara jabatan dan agensi, program ini turut diadakan untuk menghargai anggota barisan hadapan yang bertugas ketika orang lain lena dibuai mimpi.

“Ribuan terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad yang memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini,” katanya.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Daerah Gua Musang, Nurul Shahirah Mohamad Radzi berkata pihak kami juga amat teruja apabila ditawarkan untuk bekerjasama dan ini merupakan permulaan bagi memperkasakan peranan kami di dalam menyantuni rakyat.

“Selepas ini kami akan mensasarkan program turun padang bagi komuniti Orang Asli,” katanya.

Program ini turut dihadiri 40 anggota polis pada majlis perasmian dan aktiviti sahur dilaksanakan di ruang legar Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

-AA-

Tinggalkan komen anda