Laporan/foto: Yusoffirman/Farhan Abdullah (Temerloh)
TEMERLOH, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Daerah Temerloh menjadi lokasi pertama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama rakyat jelata tahun ini.
Salah seorang tetamu yang ditemui, Mohammad Ismail, 63, berkata beliau dan keluarga amat gembira dapat meraikan Aidilfitri bersama baginda Tuanku buat kali pertama.
“Saya rasa gembira kerana Tuanku datang ke Daerah Temerloh tahun ini untuk beraya dengan rakyat jelata membawa bersama seisi keluarga Tuanku,” katanya ketika ditemui Majlis Sambutan Aidilfitri, Rabu lalu.
Baginda Tuanku berkenan meluangkan masa bersama rakyat jelata dan mengurniakan sumbangan kepada golongan asnaf di Temerloh.
Istimewa buat rakyat jelata Baginda Tuanku turut berkenan menyampaikan tiga buah lagu khusus buat rakyat jelata yang hadir.
-ZS-