Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Tiada Aduan Sepanjang SHMMP Aidilfitri – KPDN Kuala Lumpur

By 24 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/KPDN KL (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur tidak menerima sebarang aduan berhubung isu kenaikan harga barang melampau sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024.

Tiada kesalahan menjual melebihi harga maksimum, gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu, dan tiada tanda harga dikesan sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP.

Menurut Pengarah KPDN Kuala Lumpur Ariffin Samsudin, hasil pemantauan pegawai penguat kuasa dan maklum balas orang ramai mendapati majoriti peniaga yang diperiksa komited serta mematuhi perundangan harga maksimum sepanjang pelaksanaan skim itu.

β€œSebanyak 319 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur merangkumi pemeriksaan premis di hypermarket, pasar raya, pasar awam dan kedai-kedai runcit persendirian.

β€œTiada kesalahan menjual melebihi harga maksimum, gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu, dan tiada tanda harga dikesan sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 19 jenis barangan telah dikawal harga maksimum di bawah SHMMP Aidilfitri 2024.

Sebanyak 19 jenis barangan telah dikawal harga maksimum di bawah SHMMP Aidilfitri 2024 di peringkat Kuala Lumpur selama 15 hari bermula 5 hingga 19 April lalu.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda