Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Belia Wadah Penting Malaysia MADANI

By 16 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safwan/Fauzi & Hafiz (Tampin)

GEMENCHEH, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Hari Belia Peringkat Kebangsaan yang akan disambut di Melaka pada 24 Mei hingga 26 Mei 2024 telah disemarakkan lebih awal oleh semua Persatuan Belia Malaysia termasuk Persatuan Belia Daerah Tampin yang berkumpul di Gemencheh bagi meraikan Hari Belia Negara pada Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tampin 2024.

Majlis perasmian telah disempurnakan di Dewan SMK Dato’ Mohd Taha oleh YB Tuan Suhaimizan Bizar ADUN Kawasan Gemencheh.

Simbolik Perasmian Mural Digital SMK Dato’ Mohd Taha oleh YB Tuan Suhaimizan Bizar, ADUN Kawasan Gemencheh

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan Selamat Hari Belia kepada semua belia di Daerah Tampin dan memaklumkan kepada semua yang hadir bahawa program yang dijalankan hari ini adalah Kick-Off kepada Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang akan disambut secara serentak di seluruh negara.

Beliau juga berkata bahawa, pergerakan dan kemampanan pertubuhan belia mampu menjadi wadah penting dalam usaha negara untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia Madani yang harmoni dan bersatu padu.

Beliau turut menyeru kepada seluruh belia dan masyarakat khususnya di Daerah Tampin supaya memberi sokongan terhadap program pemantapan belia dan sama-sama menyahut semangat Hari Belia Negara dengan menyertai program secara fizikal dan secara dalam talian sempena Sambutan Hari Belia Negara di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.

Sesi bergambar tetamu kehormat bersama Persatuan-persatuan Belia, Pelajar SMK Dato’ Taha pada Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tampin 2024

Program Semarak Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Tampin dimeriahkan dengan program senamrobik, Forum JIWA Influencer@JaPen oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Persembahan Tumbuk Kalang dari Kumpulan Citra Warisan SMK Dato’ Mohd Taha, bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Belia Malaysia oleh Persatuan Belia Daerah Tampin dan kemuncaknya adalah Perasmian Mural Digital di SMK Dato’ Taha dan Perpustakaan SMK Dato’ Taha.

Turut hadir adalah, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Daerah Tampin serta Pengerusi-Pengerusi Persatuan Belia Daerah Tampin.

-AA-

Tinggalkan komen anda