Skip to main content
Berita TempatanBerita Tengah

Empat Direman Bantu Siasatan Kes Seleweng Diesel Bersubsidi

By 26 minit yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KPDN Selangor

SEPANG, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor empat warga tempatan ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan cubaan seleweng diesel bersubsidi dalam serbuan di Pulau Meranti, Puchong semalam.

Serbuan oleh sepasukan anggota polis pukul 10.00 malam itu berjaya menahan mereka berusia 43 tahun hingga 45 tahun dipercayai berperanan sebagai pemandu lori dan pembantu.

Pengarah KPDN Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey, berkata pihaknya Perisikan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman telah membuat serahan kes berkenaan kepada pihaknya hari ini.

“Semasa serbuan di lokasi tersebut, pasukan telah menemui aktiviti memindah bahan api disyaki diesel daripada motor lori jenis bonded ke lori tangki dan seterusnya dipindahkan lagi ke lori kontena.

“Kesemua individu yang ditahan gagal mengemukakan permit kebenaran menyimpan dan membawa minyak diesel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggaran keseluruhan bahan api disyaki diesel di dalam kes serahan ini adalah sebanyak 98,400 liter dengan anggaran nilai rampasan sejumlah RM211,560.

“Kes ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan fokus untuk mengenal pasti rantaian pengedaran bekalan minyak diesel subsidi termasuk sumber bekalan minyak diesel diperoleh serta diedarkan.

“Modus operandi baharu ditemui di dalam kes ini iaitu menggunakan ‘flexi bag’ (sejenis ‘storage bag’ yang diperbuat daripada material yang sifatnya boleh mengembang dan mengecut mengikut bentuk penyimpanan) sebelum diletakkan di dalam lori kontena,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda