Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Derma Darah Tanggungjawab Sosial Masyarakat

By 4 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Amsyar (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Program derma darah anjuran Hospital Teluk Intan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berlangsung di sini semalam berjaya meraih sambutan menggalakkan daripada kakitangan LHDN dan orang awam yang hadir ke premis tersebut.

Menurut Pegawai Perubatan Dr. Lee Hsieh Ming, program derma darah sebegini mengalu-alukan penglibatan orang ramai bagi memastikan stok bekalan darah di hospital mencukupi untuk membantu pesakit yang memerlukan darah.

Sulaiman Yahya mengajak orang ramai untuk sama-sama menderma darah.

“Melalui sokongan yang diberikan oleh penderma, pihak hospital berjaya mendapatkan 30 hingga 50 beg darah pada sesuatu program yang dianjurkan dan ini adalah satu pencapaian yang membanggakan buat kami,” ujarnya ketika ditemu bual.

Sulaiman Yahya, 56, penderma darah jenis B berkata dia telah menderma sebanyak 98 kali sejak 1996 dan akan terus menderma jika kesihatannya mengizinkan.

“Saya turut ingin menasihatkan orang ramai agar dapat menunaikan tanggungjawab sosial bersama dengan membantu dan menderma darah supaya pihak hospital boleh mendapatkan bekalan darah dengan lebih banyak,” katanya.

Muhd Hafiz sedang menunggu giliran untuk menderma darah.

Bagi Muhd Hafiz Ahmad Kamal, 30, derma darah sudah menjadi perkara biasa buatnya kerana ia adalah satu amalan murni dan usaha itu mampu untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

“Saya gembira kerana hari ini saya berjaya lagi menjadi penderma darah dan ini merupakan pengalaman kali ke-11 buat diri saya,” katanya penuh bersemangat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda