Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jepun Tawar Peluang Pekerjaan kepada Graduan Politeknik

By 45 minit yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Koichi Takano menegaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi tumpuan Jepun ketika ini dan yakin politeknik mampu memenuhi keperluan berkenaan.

Katanya, graduan politeknik berpotensi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh syarikat-syarikat milik Jepun yang beroperasi di negara ini.

Delegasi Jepun tertarik dengan teknologi pembinaan rumah kayu Tim Tech yang dibina menggunakan teknologi IBS

“Hari ini kita telah mengadakan perbincangan serta bertukar pandangan dan banyak peluang untuk mengadakan kerjasama pada masa akan datang.

“Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) adalah institusi yang fleksibel untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat,” ujarnya yang ditemui selepas mengadakan kunjungan ke PSA di sini semalam.

Sementara itu Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman berkata, PSA menyambut baik inisiatif tersebut dan berharap dapat menjalinkan hubungan khusus antara Dewan Perdagangan dan Perindustrian Jepun Malaysia (JACTIM) dan PSA.

“Kita melihat potensi untuk mengadakan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak bagi tujuan perpindahan ilmu dan kepakaran dalam teknologi industri terkini.

Wakil Jepun bersama pengurusan PSA merakam gambar di hadapan rumah Tim Tech

“Selain dapat menerima pelajar PSA sebagai pelatih industri dan terus diserap sebagai pekerja mahir,” katanya.

Turut hadir Pengarah Urusan Canon Machinery (Malaysia) Sdn Bhd Atsushi Tsuchikawa, Pengarah Eksekutif M MORITA Management Sdn Bhd Misao Morita, Pengarah Urusan IHI Power System Emi Ohno, Penasihat Pengambilan Reeracoen Malaysia Daisuke Fukuda serta pegawai dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

-AA-

Tinggalkan komen anda