Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PKD Yan Giat Promosi Klinik Berhenti Merokok

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab (Yan)/ Facebook Unit Promosi Kesihatan PKD Yan

YAN, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Bersempena Bulan Promosi Bahaya Rokok dan Vape, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Yan telah mengadakan taklimat bagi memberi kesedaran mengenai bahaya  merokok dan ‘vape’ (rokok elektronik) serta turut mempromosikan klinik berhenti merokok kepada penjawat awam dalam daerah Yan, di sini semalam.

Sebahagian peserta yang hadir program Taklimat Bahaya Dadah dan Vape anjuran PKD Yan.

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Guar Chempedak Dr. Mohd Firdaus Mohd Azib, berkata perbuatan merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan perokok tetapi juga turut membahayakan orang sekeliling terutamanya kanak-kanak.

“Saya berharap orang ramai terutamanya perokok tegar dapat mencabar diri dan membulatkan tekad untuk berhenti merokok demi kualiti hidup yang lebih sihat,”katanya.

Beliau juga turut mengalu-alukan kolaborasi antara jabatan kerajaan bagi memperkenalkan klinik berhenti merokok kepada masyarakat di daerah ini.

Sementara itu, Haji Jaafar, 66, dari Sungai Limau Dalam telah dijemput bagi berkongsi pengalaman beliau mengatasi ketagihan merokok.

Haji Jaafar berkongsi pengalaman dan kejayaan berhenti dari ketagihan merokok,

“Alhamdulillah saya mampu berhenti merokok dalam tempoh enam bulan selepas menggunakan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok Sungai Limau.

Walaupun ianya bukanlah suatu perkara yang mudah namun dengan disiplin dan semangat diri yang kuat serta khidmat nasihat dan ubat ubatan yang diberikan, saya kini mampu berjaya berhenti dan bebas daripada ketagihan merokok.

“Saya juga merasa lebih sihat dan lebih muda,” katanya.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah Yan Dr. Fatin Aina Abu Bakar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda