Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Karnival KPDN Tingkat Kefahaman dan Keyakinan Masyarakat akan Fungsi Agensi

By 40 minit yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Program Jelajah KPDN Tahun 2024 bagi zon utara bertempat di Dataran Lapang Kangar Jaya, di sini kelmarin.

Sumbangan bakul Rahmah turut di adakan kepada penerima terpilih.

Bertemakan ‘Kita Pengguna, Daya Negara’ penganjuran Karnival KPDN 2024 ini selari dengan matlamat kementerian dalam menggerakkan agenda besar kepenggunaan yang responsif.

Menterimya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata objektif penganjuran karnival untuk mempromosikan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan kementerian dan agensi untuk sentiasa membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat.

“Karnival ini juga turut menonjolkan penyampaian perkhidmatan kementerian secara langsung kepada rakyat dan sesi libat urus seperti advokasi kepenggunaan, advokasi penguatkuasaan, inisiatif-inisiatif di bawah Payung RAHMAH dan advokasi Logo Barangan Malaysia (LBM),” ujarnya.

Armizan beramah mesra dengan para pengunjung yang di Jualan Rahmah Madani sempena Karnival KPDN 2024 di Dataran Lapang Kangar Jaya Perlis.

Program Jelajah Karnival KPDN Tahun 2024 yang julung kali diadakan di negeri Perlis ini merupakan siri jelajah pertama dan seterusnya ke Kelantan, Sarawak, Perak, Sabah dan Melaka bermula Mei sehingga Disember nanti.

Turut diadakan pameran dan aktiviti melalui pavillon Perkhidmatan Perdagangan Pengedaran, Perlindungan Pengguna dan Inisiatif Kos Sara Hidup oleh pihak kementerian dan agensi berkaitan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda