Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Komuniti MADANI Batu Buruk Tingkat Kelestarian Pantai

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusein/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 13 Mei (Malaysiaaktif) – “Sebagai penduduk, kami ingin melihat kebersihan pantai sentiasa terjaga sekali gus mengekalkan keindahannya. Kesedaran dalam kalangan komuniti perlu sentiasa dipupuk dalam usaha untuk melindungi pantai daripada tercemar,” ujar Wan Ismail Wan Long yang juga Pengerusi Komuniti MADANI Batu Buruk ketika ditemui di Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Peringkat Parlimen di Pantai Tok Kita, Batu Buruk, di sini kelmarin.

Ahli Komuniti MADANI Batu Buruk membersihkan kawasan pesisir Pantai Tok Kita

“Semoga khidmat bakti hari ini dapat menjadi teladan dan contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana terutamanya kepada golongan muda.

“Saya yakin pantai yang terpelihara kebersihan dan keindahannya akan menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Pantai Tok Kita,” katanya.

Program pada hari ini juga mendapat sokongan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Terengganu yang turut turun padang mengambil peluang untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang langkah pencegahan dadah dalam komuniti.

Nurul Hazlin menyampaikan taklimat langkah pencegahan dadah kepada komunti yang hadir selepas sesi gotong-royong selesai

Pegawai AADK Kuala Terengganu Nurul Hazlin Rosli semasa menyampaikan taklimat berkata, dengan adanya program seperti ini pihak AADK secara tidak langsung dapat bertemu masyarakat secara terus bagi kempen kesedaran antidadah.

“Kerjasama bersepadu antara masyarakat dan agensi serta jabatan kerajaan dapat memberi kesan menyeluruh, sekali gus menyelesaikan permasalahan dadah di negara ini,” katanya.

Turut hadir, Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Saharrudin Mohamed dan Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu Rusmiza Anuar.

-AA-

Tinggalkan komen anda