Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kolaborasi 35 Jabatan dan Agensi Kerajaan Meriahkan Baling Beraya 2024

By 3 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Aidilfitri sempena program Baling Beraya 2024 yang diadakan di Dewan Kenangan 2 Tun Abdul Razak, di sini hari ini dapat dilihat dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu.

Abdul Ghafar menyampaikan ucapan besempena Baling Beraya 2024.

Pelbagai jenis juadah disediakan dengan kerjasama 35 jabatan dan agensi kerajaan serta Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan (JPKKP).

Menurut Pegawai Daerah Baling Abdul Ghafar Yahya, gabungan 35 agensi kerajaan dan swasta menerusi 14 gerai makanan menunjukkan satu kerjasama erat yang boleh melonjakkan nama daerah Baling yang sedia menjadi sebuah daerah ‘Bersih Bahagia dan Berdahaya Huni’ setanding daerah lain di negeri Kedah.

“Program ini juga dilihat mendapat sambutan yang begitu meriah dengan kehadiran tetamu pelbagai kaum dan program sebegini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan,” ujarnya.

Kumpulan Nasyid Al-Zahran ketika membuat persembahan bagi menambah kemeriahan.

Seorang tetamu dari mukim Bongor, Nasrul Sidek, 44, berkata kemeriahan yang ditonjolkan melalui hiasan gerai dan juadah makanan begitu menyelerakan.

“Saya sanggup meletak kenderaan dan berjalan kaki agak jauh walaupun dalam cuaca panas,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda